Selasa, 13 Oktober 2009

KELAS BELAJAR MARHABAN PERCUMA!

KELAS RAWI DAN MARHABAN
(SECARA TAJWID, BERLAGU DAN PERCUMA !!!)


  • Terbuka untuk semua – Remaja dan Dewasa.
  • TIADA yuran pendaftaran, TIADA yuran bulanan, TIADA yuran tahunan – PERCUMA !!!
  • Makanan dan minuman ringan di sediakan selepas setiap latihan.
  • Pakaian seragam (baju Melayu atau yang bersesuaian) akan di beri secara PERCUMA !! (Tertakluk kepada prestasi dan kesungguhan).
  • Akan diberi peluang ikut serta dengan kumpulan pada setiap jemputan, pertandingan Peringkat Zon, Pertandingan Peringkat Negeri dan Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

SYARAT DAN KELAYAKAN
1. Berminat dan berazam untuk belajar
2. Boleh membaca Al-Quran - Asas

BERMINAT ??
Hubungi Setiausaha – 011 52671311

Selasa, 10 Mac 2009

Gambar-gambar Aktiviti

Perkahwinan ahli

















Hari Keluarga Al-Islah














JEMPUTAN

Pengkalan Balak, Melaka







































PERTANDINGAN

Peringkat Wilayah Persekutuan







KEBANGSAAN 2009 - POLITEKNIK PORT DICKSON










































































































































































































































BIODATA KUMPULAN


PENUBUHAN DAN KEAHLIAN
Kumpulan Marhaban AL-ISLAH ditubuhkan pada tahun 1985 dan mempunyai ahli seramai 13 anggota. Kebanyakan ahli-ahli kumpulan terdiri daripada pesara Tentera Malaysia, pesara  kakitangan awam dan bekerja sendiri..

JEMPUTAN
Selain daripada majlis Berzanji dan Marhaban, kumpulan ini juga sering kali mendapat jemputan bagi majlis-majlis rasmi, persembahan, majlis potong jambul, perkahwinan, berkhatan, maulidurr Rasul, khatam Al-Quran, tahlil, doa selamat dan baca Yassin. Kumpulan Al-ISLAH banyak mendapat jemputan disekitar Wilayah, Selangor dan kumpulan ini juga telah menerima jemputan luar seperti Negeri Sembilan, Melaka serta Kedah Darul Aman.

Pada tahun 2005, Kumpulan ini telah di beri penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung di majlis Berkahwin Beramai-ramai anjuran JAKIM di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN


(A) Peringkat Kebangsaan - (6 kali Johan)
1.  Julai 2002  - Johan -  Anjuran KEMAS –  Pusat Dakwah Islamiah Paroi, N.Sembilan.
2.  Julai 2003  - Johan -  Anjuran MBSA    -  Dewan MBSA, Shah Alam.
3.  Julai 2005  - Johan -  Anjuran MBSA    -  Dewan MBSA, Shah Alam.
4.  Ogos 2009 - Johan -  Anjuran MBSA    -  Dewan MBSA, Shah Alam.
5.  Okt  2011  - Johan -  Anjuran KEMAS  -  PKNS Shah Alam
6.  Ogos 2012 - Johan - Anjuran Karang Kraf M'sia - Karang Kraf Kuala Lumpur.

(B) Antara masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan - (6 kali Johan)
1.  Julai 2002 – Johan – Anjuran KEMAS

2.  Sept 2002 – Johan - Anjuran JAWI
3.  Julai 2003 – Johan - Anjuran JAWI
4.  Ogos 2005 – Johan - Anjuran JAWI
5.  Julai 2006 -  Johan - Anjuran JAWI
6.  Julai 2008 – Johan – Anjuran KEMAS
GURU / JURULATIH
Kumpulan ini mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mula ditubuhkan hingga sekarang oleh Tuan Hj Yusuf bin Hashim yang juga merupakan Penasihat kumpulan. Beliau berasal dari Teluk Intan, Perak yang juga mahir dalam bacaan Al-Quran secara berlagu dan telah beberapa kali mewakili Angkatan Tentera sebagai Qari (semasa berkhidmat dalam ATM). Beliau juga seorang pakar didalam lagu-lagu bacaan Rawi dan telah di anugerahkan sebagai Perawi terbaik di Peringkat Kebangsaan tahun 2005 iaitu Pertandingan Terbuka Shah Alam 2005.

URUSAN PENTADBIRAN / UNDANGAN
Segala urusan dengan kumpulan boleh di buat terus melalui :

Nama : SHAFIE BIN BAHARUM (Pengurus)
Telefon / What up : 011-52671311 

Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog Marhaban Al-Islah..
Blog ini memaparkan informasi berkenaan kumpulan marhaban al-islah.